Sunday, June 21, 2009
Alhamdulillah adikku cua yg lepas matrik dahpun mendapat keputusan IPTA...rezekinya di UKM for Biomedic course...since adik aku yg si timah mmg dh ade HUKM tahun 3 medic..daptlah beri skit tunjuk ajar skit...
So, skrg ade 3 orgla meneruskan cabaran di menara gading termasuk adik aku si awa yg amik arabic kt UIA...good luck yer korang..pesan aku jgn main2 cinta di uni nanti aku babab...jaga pergaulan...satu lg pandai2 lah memilih kawan...kalu memilih kawan si penjual minyak wangi..akan wangila korang..kalu kawan dgn si penimpal besi akan terkena lah percikan apinya...ingat setinggi manapun ilmu korang redha Allah jua kena cari dan perbetulkan niat belajar korang semua...in whatever condition ingatlah mak dgn abah yek...
bila masuk sem baru nanti belek lah cuti akhir semester...if mak dgn abah jadi g haji...salah seorang (sorang jek ek) dr korang ade le peluang utk memenangi pakej percutian di abu dhabi di sponsor oleh aku dan abang azhari...itupun kalu cuti korang bersesuaian dgn waktu pantang aku nanti...so dr skrg belajar la cemana nak handle org bsalin cam aku...hehehehehe.
Monday, June 15, 2009
Selamat hari Abiy
drpd ummi dan umar
terima kasih abiy
atas penat lelah mu mencari rezeki, menggembirakan kami
atas senyum tawamu yang diberikan tatkala balik kerja
walaupun sesak nafas dgn kesibukan di pejabat
terima kasih abiy
atas kasih sayang mu yang tiada batasnya
yang selalu buatkan umar bergelak ketawa dengan senda guraumu
ummi pun terhibur punya dua hero dalam hidupku
terima kasih abiy
kerana sabar melayan karenah isterimu ini
tatkala dirinya lelah penat pening, muntah dan lapar
terima kasih abiy
terima kasih tuhan
kerna kurniakan abu umar dalam hidup kami
kami cinta dan sayang kamu abu umar!
Saturday, June 13, 2009
Rehlah mengetam
juadah yg ada, nasi putih, sambal ikan, sayur kobis, keteow goreng, pasta, nasi lemak, kfc, kueh mueh
Wednesday, June 10, 2009
Mari beriadah
tgh warmup utk sepak bola..
penat main..rehat jap...umar tgh pandang burung berterbangan...
ini pose istimewa umar...untuk semua yang merindui dia di Malaysia...ohh dah besar rupanya anak terunaku..
Insyallah mlm esok ade aktiviti menarik di tepi pantai...tggu update seterusnya ek...adios...
Sunday, June 7, 2009
Nelayan wanita: "Selagi terdaya kami akan ke laut"
Disindir ketika memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguatkan lagi azam nelayan wanita untuk sendiri mencari rezeki
DI SEBALIK celah hutan pokok bakau di muara Kuala Gula, Perak sebuah bot berwarna biru bernombor pendaftaran PKS 3616 menyusur perlahan meredah sungai. Kelihatan ibu tunggal, Rofeah Atan, 42, gagah mendayung bot meredah mata hati terik mencari rezeki.
Ditemani anak lelakinya, Mohd Rashidi Mahadi, 20, ibu kepada tujuh anak itu tersenyum melihat bot kami menghampiri mereka. Mereka berdua sedang menangkap ketam nipah menggunakan bubu yang dikenali penduduk tempatan sebagai takui.
Muka dan badannya dibasahi keringat, itulah tanda kesungguhannya mencari rezeki halal sejak kematian suami dua tahun lalu. Bot itu mempunyai enjin tetapi nelayan tempatan lebih suka mendayung ketika mengangkat bubu kerana ia menjimatkan penggunaan petrol.
Mereka adalah sebahagian daripada puluhan wanita gigih Kuala Gula yang bekerja sebagai nelayan pantai. Agak mengejutkan kerana sebelum ini jarang diketahui kerjaya itu turut dipelopori kaum hawa yang lebih dikenali sebagai suri rumah.
Lain ceritanya di sana, mereka adalah suri laut yang cekal, tanpa mengenal penat, bersama membanting tulang sama taraf dengan nelayan lelaki. Cuma bezanya, mereka lebih kepada nelayan pantai, namun sesekali, mereka juga ke laut dalam memancing ikan.
Perkampungan nelayan di Kampung Tersusun, Kuala Gula, terletak kira-kira 50 kilometer dari Taiping, Perak itu menyimpan 1,001 cerita suka duka hidup sebagai nelayan.
Bagi Rofeah, jika tidak bekerja, tiada sesiapa akan memberi makan kepada anak-anaknya. Semua tujuh anaknya berusia tujuh hingga 25 tahun masih memerlukan perhatiannya, perlu dijaga dan disediakan makanan.
"Tak susah sangat nak jadi nelayan, kena panas, hujan atau mendayung bot kami sudah biasa. Kalau dah biasa hidup susah, tak jadi masalah. Jadi nelayan ni, semua kena tahu buat sendiri, kena baiki jaring, baiki bot, tangkap ketam, baru boleh hidup. Syukurlah saya ada bot sendiri," katanya.
Bukannya tidak mencuba memohon bantuan menyara anak yatim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi jawapan sinis mengatakan nelayan sekarang sudah senang membuatkan ibu tunggal ini nekad, jika ditakdirkan rezekinya di laut, di situlah dia akan mencurah keringat selagi berdaya.
Mak Long bersama anaknya, Che Umai. |
Di jeti Kuala Gula, dua rakan karib, Norasyikin Hussein, 30, dan Normala Mohd Noor, 30, baru saja mendaratkan bot mereka ke jeti. Mereka juga nelayan pantai yang mendapat lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.
Ketika rakan seusia lebih suka bekerja mendapatkan gaji bulanan secara tetap, mereka memilih cara hidup mencabar tetapi penuh dengan ketenangan dan keseronokan kerana hidup nelayan semuanya bergantung kepada diri sendiri, jika kuat berusaha, Insya-Allah rezeki akan bertambah.
Norasyikin juga ibu tunggal yang sudah tiga tahun menjadi nelayan untuk menyara dua anak kecil berusia tiga dan enam tahun.
"Dulu saya pernah kerja kilang di Pulau Pinang tetapi kerja nelayan lagi bagus, hati senang, dekat dengan keluarga. Anak pun dah masuk tadika, siapa yang nak tanggung," katanya yang tidak tahu berenang dan cuma mengharapkan kepada pelampung jika berlaku kecemasan.
Uniknya, kedua-dua rakan karib itu cuma tahu menangkap ketam, tetapi tidak mahir mengikat ketam untuk dijual kepada peraih. Tugas itu diserahkan kepada ayah Normala yang membantu kerja di jeti dan mereka pula membantu membersih dan menyusun pukat ikan sementara menunggu kerja mengikat ketam selesai.
Bagi Normala yang lebih banyak bertindak sebagai pemandu bot, beliau sudah biasa mengikut ayahnya menangkap ikan dan ketam sejak usianya masih kecil. Suaminya pekerja kilang dan sejak empat bulan lalu, beliau berganding bahu dengan Norasyikin berkongsi bot menangkap ketam.
"Saya pun pernah kerja kilang. Setakat ini, belum terlintas nak kerja di bawah arahan orang. Biarlah kami bekerja sendiri," kata ibu kepada dua anak ini.
Ditanya sama ada mereka memakai losyen penahan matahari untuk melindungi wajah mereka dari terik matahari, mereka tergelak, katanya, lagi gelap lagi manis.
Ketika kami hampir menamatkan perbualan, penduduk mencadangkan kami menunggu satu lagi bot yang belum pulang. Bot dinaiki wanita besi digelar 'Mak Long'. Usianya sudah menjangkau 62 tahun, tetapi masih gagah mencari rezeki.
Sebaik Mak Long tiba di jeti, warga emas yang mempunyai tiga cicit dan 20 cucu ini tersenyum lebar dan tegasnya, sudah 50 tahun beliau bekerja sebagai nelayan.
"Mendayung adalah petua untuk hidup sihat, keluar peluh, aliran darah pun bagus. Syukur, sampai sekarang Mak Long masih boleh mendayung, selagi terdaya, saya akan ke laut," katanya yang menaiki bot bersama anak perempuannya, Che Umai Kamaruddin, 39.
Turun ke laut bantu suami
BAGI wanita di perkampungan nelayan di Kampung Tersusun, Kuala Gula, Perak, tanggungjawab membantu suami mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan adalah perkara biasa yang menjadi rutin harian penduduk tempatan.
Jika ada yang tidak begitu yakin untuk turun ke laut, mereka lebih banyak membantu di darat melakukan kerja sampingan, asalkan mampu menambah pendapatan.
Seorang nelayan wanita yang lebih dikenali sebagai 'Mami Jarum' Rahmah Awang, 46, berkata beliau sudah berkecimpung dalam kerjaya itu sejak 30 tahun lalu dan selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zahir Zainon, 44, mereka berganding bahu mencari rezeki.
"Sudah menjadi adat hidup sebagai nelayan, kadangkala pulang tangan kosong. Sehari suntuk di laut, langsung tiada hasil. Kita kena terimalah, sebab ada hari kita dapat banyak rezeki, itu yang Tuhan beri.
"Setakat ini, kami bersyukur dengan rezeki yang ada. Jika turun ke laut, sekurang-kurangnya ringan beban suami, sebab saya pun dah biasa menangkap ketam dan ikan. Itu tak menjadi masalah," katanya yang turut melakukan kerja sampingan menanam benih pokok bakau dan mengupas isi kerang.
Satu lagi pasangan nelayan, Affina Dzul, 20, dan suaminya, Helmi Sam, 26, menyifatkan kerjaya itu umpama sesi bulan madu berpanjangan kerana menghabiskan masa sepanjang masa bersama pasangan tercinta, cuma bezanya mereka bukan mendayung bot menikmati angin petang, tetapi menangkap ketam.
Bagi Affina yang baru beberapa bulan membantu suaminya, kehadirannya cuma sebagai pembantu meringankan beban suami kerana cahaya mata mereka berusia setahun lebih dijaga keluarga sepanjang masa mereka turun ke laut.
"Saya masih baru, banyak kena belajar. Seronok dapat bersama suami mencari rezeki, walaupun penat bekerja, kami tahu susah payah mencari rezeki," katanya.
Tinjauan di sekitar perkampungan itu menemui beberapa wanita yang mengambil upah mengupas kulit kerang di bawah rumah. Kelihatan tiga wanita, Esah Mat Arab, 65, Rashidah Johan, 33 dan Arbaiah Awang, 40, rancak berbual sambil tangannya lincah mengopek kulit kerang.
Purata upah sehari RM14 sudah memadai bagi mereka sementara menunggu suami dan anak pulang dari laut, sekurang-kurangnya pendapatan itu membolehkan mereka gunakan untuk perbelanjaan harian anak ke sekolah.
Rashidah berkata, setiap kilogram isi kerang yang dikupas, mereka dibayar upah 70 sen dan setiap hari, mereka mampu mengupas kira-kira lapan kilogram isi kerang. Kerang rebus setengah masak itu biasanya dihantar oleh pembekal yang membelinya daripada nelayan berdekatan.
Pada isteri2 yg bekerja dibawah lindungan aircond..ataupun tidak bekerja (termasuk saya) bersyukurlah kerana kita tidak perlu berhangat ni bawah terik mentari...x perlu menyabung nyawa ke laut meredah laut gelora demi sesuap nasi...bersyukurlah kepada Allah...sesungguhnya rezeki dan kekayaan itu pinjaman Allah...tiada berguna harta kekayaan jika semakin kita kaya semakin kita kufur terhadap Yg Maha Esa...Walalhua'alam...
New player on board
mula2 main kt tempat x berumput coz player tgh main kan...tupun jenuh jugak la kena ligan sbb syik nak masuk padang jek...
dah ptg skit x panas baru g ke hujung padang yg ade gol...apalagi ramai kawan2 junior x hengat umi lgsung..baju tu dah lenjun dan bau ashem...
ni pics all the players n the prizes and we off to abu dhabi balik before game abis..rasanya indonesian yg menang tahniah ler ye...
Thursday, June 4, 2009
Terkini tentang kami
doc bekalkan ubat vitamin dan calcium+ferum yg mmg fobia ku nak makan...takut sembelit kan..
ubat tu kdg2 aku terskip gak...heheheh...malas betui nk makan ubat
kami adalah masih tingtong utk decide bsalin dmana..there's pro n con...
if aku nk blk kg...aku xde choice kenala bsalin kt hosp gomen pbuntar atau penang...ada private hosp kt penang tapi aku dah survey most gynae are man n chinese...oh me..oh my...tidak sekali2 aku p ke doc laki...utk bsalin...x rela aku...hmmm hosp parit buntar cemana ek?aku xde pengalaman bsalin di hosp gomen ni..sesapa ade info bleh share la...kak siti sifir ade info?need ur info...
pusat prubatan islam darul ridzuan plak kt ipoh nun..jauh dr umah aku...takut x sempat nk branak....penin2 aku...aku adalah sgt takut bsalin d sini tanpa family di samping disaat umar yg makin melasak..oh tidak...
skrg nie adalah fasa dimana kami semua adalah tidak sihat sgt..umar dah start selsema dan batuk terkohol2...aku agak tense bila dgr dia batuk dan tidak lena tdo...syik nanges jek...aku plak mmg memanjang penin kepalanye...
umahku plak tgh huru dan hara...this week baru nk start proses mengemas kini apa yg patut utk berpindah ke umah sewa yg baru...tuan umah dah call bgtau semua renov dh siap..blum lg tgk apa yg dh siapnya tu..bukan bleh caya sgt neh...
oklah takat ini dulu nanti ku update lg bila mood kembali...