Monday, September 10, 2012

salam rindu utnuk semua...

1 sahabat ummi
Assalamualaikum frens...


Insyallah akan mula blogging ke url yg baru disini http://ummiluvu.blogspot.com/
doakan ku akan rajin menulis in new page ni hehehe
feel free to come and read!

UmmiLuvU

Friday, March 11, 2011

Salam Jumaat

1 sahabat ummi


Assalamualaikum and hai to all...

Selamat hari jumaat, penghulu segala hari..moga hari yang barakah ini lebih baik dari hari yang berlalu. Rindu kawan2 semua..walau ummi x update...ummi blogwalking tau blog kalian and as usual as silent reader.

Lately ummi sgt sibuk dgn hal2 anak2 sejak si umar dah start sekolah...kena hantar dan ambil dia dr sekolah, keja di umah dan mcm2 lagi.

bila on9 hanya bleh check emel dan selak2 skit2 fb and done! back to realiti dgn kerja2 umah yang x pernah habis...

Sedikit update tentang umar, ummi dah refer anakanda umar ke specialist, and ternyata umar mengalami speech delay jika dibandingkan dgn umur kanak2 yg sebaya dgnnya...

and Alhamdulillah, itu shj problem umar, lain2 umar adalah normal...so from last month ummi mmg kena attend dan bawa umar ke speech theraphy untuk meningkatkan penggunaan perkataan dlm percakapan umar...so setiap bulan kami akan jadi pengunjung tetap la..

by now umar dah ada byk peningkatan..so grateful ummi bleh cater sendiri umar di rumah dan mengintai dia di pusat tahfiz kanak2 laman mukmin (LM).

pusat tahfiz? ekcelli ummi just nak bagi umar mix dgn kanak2 lain buat sementara waktu since umar is lack of words dlm percakapan nya...umar cakap pun belum lg..so byk aktiviti kt LM dia hanya ikut shj tanpa sepatah kata...tapi xtaulah kan sbb kanak2 ni senang absorb then one day dia kluarkan...

guess what? baru seminggu umar pergi LM dia balik and sebut "Lapar...nak nasi! nak air"..without any pelat la...

Now , ummi rasa lega sedikit..sbb ummi nampak peningkatannya..a bit relief...walaupun sedikit, tapi umar jenis yang cepat tangkap. In whatever condition pun ummi akan do anything for him...

Anakanda azzam, alhamdulillah he still breastfeeding and sejak dapat kaki ni mcm la aktiviti dia suka buat..and azzam seems a bit talkative laa..sbb dah pandai request nak apa dgn sebut
"ennni"(nak ni), mama, papa,abah, ammar (umar), nenek , legaaaa...

dan dah pandai gaduh2 manja dgn abang umar...dasat2 jgk kdg2 tu adengan mereka, huhuhu mmg anak lelaki betui!

Skrg sejak umar pandai mintak nasi...pagi2 dah kena masak nasi, sbb bila lapar dia nak nasi aja...so mmg makan without refuse la...x cerewet, apa yg ummi masak semua makan...

adik azzam pun xnak kalah...semua mintak untuk makan...

thanks juga pada buku wardina "mama saya lapar" (mmg anakku asyik lapar shj keh3x)...tapi puaslah bila what we cook anak2 makan...licin!

oklah kawan2 till here dulu ... before end rajin2 lah CLICK HERE utk jamu mata...

ini jugak salah satu "kesibukan" ummi...kalu teringin feel free to emel me info@chocgarden.com to order or nak join class pun bleh yer, YOU ALL MOST WELCOME!

Wednesday, February 23, 2011

I'll be back soon

2 sahabat ummi
Assalamualaikum...

hai every one..kangen x sama ummi?...insyallah i'll be back sooonnn...very soon dear...

(macam la ramai sgt peminat ummi ni)

se u all soon...

ummu umar@WAHM


Friday, October 8, 2010

Ummi dan 3 lelaki itu

6 sahabat ummi
Salam sayang untuk semua...

ummi kira blog ini sudah berkubur..owh blum lagi...semangat yg hilang telah di cari...selamat tinggal syawal slmt dtg zulkaedah...

alhamdulillah ummi dan 3 lelaki dlm hidup ummi sihat walafiat..pasti tertanya kemana ummi menghilang tanpa update...sungguh x dak mood nak update..no cam no new pics...cam dh kena curi coz ada kecurian di umah a week b4 puasa...luckily we all x sedar dia masuk and pencuri tu amik duit dan cam aja..sgt trauma okkk..tapi dh recover skit skrg...mungkin itu bukan rezeki kami..kami redha...

ummi skrg sibuk dgn rutin di umah dgn anak2 yg makin cerdik dan lasak bukan main...anak lelaki la katakan..kena sentiasa sediakan child proof environment...

masak, mengemas brg2 masih ada lg yg di dlm kotak especialy umar punya toys ...a big NO sbb kalu bawa kluar semua..semua la akan berterabur di jalanan...owwwhh mental ummi x bersedia :((

bercakap pasal umar, umar dah nk masuk 3 tahun ..the problem is..dia blum bleh bertutur dlm ayat cth..umar nak susu..mmg susu dia bleh sebut 'huhu'. ummi (meme), abiy (bebe), be*ak (beyak) n etc...
tapi ckp dgn ayat mmg blum lg, ini yg merisaukan ummi...nak pulak umar mmg tggi mcm budak 4 tahun..so org asyik tanya 'x bleh ckp lg'?ohh really stress ok..

drpd yg ummi baca..umar mayb susah nk ckp sbb kecelaruan bahasa..coz di AD dia alone with ummi..jumpa budak2 lain sekali seminggu..and di tv languange is arabic and english..ummi abi ckp melayu, and surrounding arabic... mesti dia celaru..skrg kt sini at least skali smggu ummi biar dia bercampur dgn kezens2 dia..supaya cepat skit bercakap...

stgh org kata anak sulong mmg lmbt bercakap..mcm anak kakak yg sulong pun 3++ thn bru bercakap..lebih kpd bhs isyarat...same goes to umar...tapi dr segi pemahamaman umar adalah sgt tggi dan senang menerima arahan. Dah bleh harap suruh buang sampah, basuh tgn,tutup pintu, kemas brg mainan, tutup tv and kipas, jaga adik pun bleh tau..kalu dia nampak adik dia mkn benda2 yg mencurigakan dia akan amik...:))

hmm kawan2 dan ibu2 apa saranan kwn2?..do i need to go to paed?..hubby kata tggu sampai 3 tahun kalu xde perkembangan baik then baru consult dgn doc...kalu ada kawan 2 nk suggest cd2 atau buku yg membantu...bleh bgtau..sesungguhnya ummi sgt risau ok...

done with umar...now the cheeky and brainy one, baby azzam now dah 10 months kejap je masa berlalu kan ..officially ada 3 gigi susu..sgt comel hokey bila dh ade gigi..tapi yg sengsara bila menggigit masa bf...huhuhu..tp ummi x menyerah kalah..alhamdulillah dpt fully bf azzam directly till now..azzam sgt bertuah dan nampak gayanya perkembangan azzam lebih cepat dr umar maybe dia byk blajar dr abgnya...

si kecik ni dh bleh panjat sofa turun naik,naik atas meja segalaya, atas speaker pun naik tau..naik car abg turun naik..maybe sbb azzam adalah kecik molek skit berbanding umar dulu..umar is big2 bam tau...azzam is small2 like chillies, suka sgt mengusik abang yg khusu' main, natijahnya dapatlah 'buah tgn' abg ...but azzam x menangis okey n x serik2..mungkin dia nak bermesra dgn abg dgn cara usik2 brg abg.

now time for a big man, abi diaorg,my lovely hubby, seems hubby happy with his new jobs even though selalu stayback kt opis lelama...:( nak wat cemano kan....mencari rezeki utk keluarga tershayam...and he will go to offshore soon..aduhai mode :( (mode nangis guling2 tau)..harus ku kidnap adik2 aku yg ada kt KL ni...trauma pencuri masuk masih bersisa so ummi perlukan teman especially waktu mlm...

oh kwn2 itu jela celoteh ummi beranak dua ini..kwn2, walau saya x update blog skerap dulu tapi blog kwn2 tetap saya jengah...blogwalking but so lazy to comment...kihkihkih to izu congrates dear for the great news..aku hembus kt hg aura anak lelaki ku...wink2

last but not least gmbar2 anak sbg modal penyeri entry..pic umar and azzam at 10 months, who's the most bam2?





nota ummi: penuh debar untuk menghantar abah dan mak ke tanah suci ahad depan, kawan2 doakan pemergian abah dan mak selamat dan mendapat haji yang mabrur..


Thursday, August 12, 2010

Mari la bersama2...

2 sahabat ummi
Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan


4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Persediaan Malam

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

p/s: salam ramadhan kareem semua...feel want to retire from blogging world, what say u?...xdan nk update blog kekdahnya...or i need rebranding?

Tuesday, June 29, 2010

Yang terkini tentang kami

8 sahabat ummi
salam to all,

wooow...sawang mannyaknyer...smpai spiderman pun ada..anyway baru ada mood nk update ni...yg terkini, ummi dan masih di penang, setelah 3 minggu di perak dan kembali ke penang semula..skrg menanti sang suami dtg amik this weekens..really cant wait...

rumah yg nak disewa sudah dpt, menanti kunci drpd tuan umah, alhmdulillah dpt umah kt perumahan yg lama sblm we all p abu dhabi.

umah utk dibeli pun baru chop ja...need further nego more n more, hope by age of 30 dpt duk umh sendiri,..moga2...

our 20 footer dh smpi since 11 june lg...kena la topup rm 600 coz lama tersadai kt port about 2 weeks..mujur ada tempat temporary utk disimpan..fuhhh...

perasaan ummi?tak tenteram selagi x duk sebumbung dgn hubby...x sabar nak mulakan hidup baru di KL..ditempat kami mencari rezeki dulu...

me? work?hhhmmm masih dlm pertimbangan, hubby x memaksa, but he prefer me to work from home, tapi kalu ada rezeki luar yg dtg bergolek ummi x menolak

ummi xtau perasaan org lain, tapi setelah 2 tahun berkepit dgn umar, dan almost 7 mos dgn azzam, rasa susah kembali utk ntar ank2 ke umh pengasuh, in fact skrg selain ummi dan abiy umar xmau org lain mandikan dan diapering him...

oklah need to go...penang kejap panas kejap x...ok yaaa.. daaaa...

p/s: kwn2 di KL sapa2 bleh recommend tukang jahit dgn upah yg berpatutan?bleh komen disini
 

Ummu Umar Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template