Monday, September 10, 2012

salam rindu utnuk semua...

1 sahabat ummi
Assalamualaikum frens...


Insyallah akan mula blogging ke url yg baru disini http://ummiluvu.blogspot.com/
doakan ku akan rajin menulis in new page ni hehehe
feel free to come and read!

UmmiLuvU

Friday, March 11, 2011

Salam Jumaat

1 sahabat ummi


Assalamualaikum and hai to all...

Selamat hari jumaat, penghulu segala hari..moga hari yang barakah ini lebih baik dari hari yang berlalu. Rindu kawan2 semua..walau ummi x update...ummi blogwalking tau blog kalian and as usual as silent reader.

Lately ummi sgt sibuk dgn hal2 anak2 sejak si umar dah start sekolah...kena hantar dan ambil dia dr sekolah, keja di umah dan mcm2 lagi.

bila on9 hanya bleh check emel dan selak2 skit2 fb and done! back to realiti dgn kerja2 umah yang x pernah habis...

Sedikit update tentang umar, ummi dah refer anakanda umar ke specialist, and ternyata umar mengalami speech delay jika dibandingkan dgn umur kanak2 yg sebaya dgnnya...

and Alhamdulillah, itu shj problem umar, lain2 umar adalah normal...so from last month ummi mmg kena attend dan bawa umar ke speech theraphy untuk meningkatkan penggunaan perkataan dlm percakapan umar...so setiap bulan kami akan jadi pengunjung tetap la..

by now umar dah ada byk peningkatan..so grateful ummi bleh cater sendiri umar di rumah dan mengintai dia di pusat tahfiz kanak2 laman mukmin (LM).

pusat tahfiz? ekcelli ummi just nak bagi umar mix dgn kanak2 lain buat sementara waktu since umar is lack of words dlm percakapan nya...umar cakap pun belum lg..so byk aktiviti kt LM dia hanya ikut shj tanpa sepatah kata...tapi xtaulah kan sbb kanak2 ni senang absorb then one day dia kluarkan...

guess what? baru seminggu umar pergi LM dia balik and sebut "Lapar...nak nasi! nak air"..without any pelat la...

Now , ummi rasa lega sedikit..sbb ummi nampak peningkatannya..a bit relief...walaupun sedikit, tapi umar jenis yang cepat tangkap. In whatever condition pun ummi akan do anything for him...

Anakanda azzam, alhamdulillah he still breastfeeding and sejak dapat kaki ni mcm la aktiviti dia suka buat..and azzam seems a bit talkative laa..sbb dah pandai request nak apa dgn sebut
"ennni"(nak ni), mama, papa,abah, ammar (umar), nenek , legaaaa...

dan dah pandai gaduh2 manja dgn abang umar...dasat2 jgk kdg2 tu adengan mereka, huhuhu mmg anak lelaki betui!

Skrg sejak umar pandai mintak nasi...pagi2 dah kena masak nasi, sbb bila lapar dia nak nasi aja...so mmg makan without refuse la...x cerewet, apa yg ummi masak semua makan...

adik azzam pun xnak kalah...semua mintak untuk makan...

thanks juga pada buku wardina "mama saya lapar" (mmg anakku asyik lapar shj keh3x)...tapi puaslah bila what we cook anak2 makan...licin!

oklah kawan2 till here dulu ... before end rajin2 lah CLICK HERE utk jamu mata...

ini jugak salah satu "kesibukan" ummi...kalu teringin feel free to emel me info@chocgarden.com to order or nak join class pun bleh yer, YOU ALL MOST WELCOME!

Wednesday, February 23, 2011

I'll be back soon

2 sahabat ummi
Assalamualaikum...

hai every one..kangen x sama ummi?...insyallah i'll be back sooonnn...very soon dear...

(macam la ramai sgt peminat ummi ni)

se u all soon...

ummu umar@WAHM


Friday, October 8, 2010

Ummi dan 3 lelaki itu

6 sahabat ummi
Salam sayang untuk semua...

ummi kira blog ini sudah berkubur..owh blum lagi...semangat yg hilang telah di cari...selamat tinggal syawal slmt dtg zulkaedah...

alhamdulillah ummi dan 3 lelaki dlm hidup ummi sihat walafiat..pasti tertanya kemana ummi menghilang tanpa update...sungguh x dak mood nak update..no cam no new pics...cam dh kena curi coz ada kecurian di umah a week b4 puasa...luckily we all x sedar dia masuk and pencuri tu amik duit dan cam aja..sgt trauma okkk..tapi dh recover skit skrg...mungkin itu bukan rezeki kami..kami redha...

ummi skrg sibuk dgn rutin di umah dgn anak2 yg makin cerdik dan lasak bukan main...anak lelaki la katakan..kena sentiasa sediakan child proof environment...

masak, mengemas brg2 masih ada lg yg di dlm kotak especialy umar punya toys ...a big NO sbb kalu bawa kluar semua..semua la akan berterabur di jalanan...owwwhh mental ummi x bersedia :((

bercakap pasal umar, umar dah nk masuk 3 tahun ..the problem is..dia blum bleh bertutur dlm ayat cth..umar nak susu..mmg susu dia bleh sebut 'huhu'. ummi (meme), abiy (bebe), be*ak (beyak) n etc...
tapi ckp dgn ayat mmg blum lg, ini yg merisaukan ummi...nak pulak umar mmg tggi mcm budak 4 tahun..so org asyik tanya 'x bleh ckp lg'?ohh really stress ok..

drpd yg ummi baca..umar mayb susah nk ckp sbb kecelaruan bahasa..coz di AD dia alone with ummi..jumpa budak2 lain sekali seminggu..and di tv languange is arabic and english..ummi abi ckp melayu, and surrounding arabic... mesti dia celaru..skrg kt sini at least skali smggu ummi biar dia bercampur dgn kezens2 dia..supaya cepat skit bercakap...

stgh org kata anak sulong mmg lmbt bercakap..mcm anak kakak yg sulong pun 3++ thn bru bercakap..lebih kpd bhs isyarat...same goes to umar...tapi dr segi pemahamaman umar adalah sgt tggi dan senang menerima arahan. Dah bleh harap suruh buang sampah, basuh tgn,tutup pintu, kemas brg mainan, tutup tv and kipas, jaga adik pun bleh tau..kalu dia nampak adik dia mkn benda2 yg mencurigakan dia akan amik...:))

hmm kawan2 dan ibu2 apa saranan kwn2?..do i need to go to paed?..hubby kata tggu sampai 3 tahun kalu xde perkembangan baik then baru consult dgn doc...kalu ada kawan 2 nk suggest cd2 atau buku yg membantu...bleh bgtau..sesungguhnya ummi sgt risau ok...

done with umar...now the cheeky and brainy one, baby azzam now dah 10 months kejap je masa berlalu kan ..officially ada 3 gigi susu..sgt comel hokey bila dh ade gigi..tapi yg sengsara bila menggigit masa bf...huhuhu..tp ummi x menyerah kalah..alhamdulillah dpt fully bf azzam directly till now..azzam sgt bertuah dan nampak gayanya perkembangan azzam lebih cepat dr umar maybe dia byk blajar dr abgnya...

si kecik ni dh bleh panjat sofa turun naik,naik atas meja segalaya, atas speaker pun naik tau..naik car abg turun naik..maybe sbb azzam adalah kecik molek skit berbanding umar dulu..umar is big2 bam tau...azzam is small2 like chillies, suka sgt mengusik abang yg khusu' main, natijahnya dapatlah 'buah tgn' abg ...but azzam x menangis okey n x serik2..mungkin dia nak bermesra dgn abg dgn cara usik2 brg abg.

now time for a big man, abi diaorg,my lovely hubby, seems hubby happy with his new jobs even though selalu stayback kt opis lelama...:( nak wat cemano kan....mencari rezeki utk keluarga tershayam...and he will go to offshore soon..aduhai mode :( (mode nangis guling2 tau)..harus ku kidnap adik2 aku yg ada kt KL ni...trauma pencuri masuk masih bersisa so ummi perlukan teman especially waktu mlm...

oh kwn2 itu jela celoteh ummi beranak dua ini..kwn2, walau saya x update blog skerap dulu tapi blog kwn2 tetap saya jengah...blogwalking but so lazy to comment...kihkihkih to izu congrates dear for the great news..aku hembus kt hg aura anak lelaki ku...wink2

last but not least gmbar2 anak sbg modal penyeri entry..pic umar and azzam at 10 months, who's the most bam2?





nota ummi: penuh debar untuk menghantar abah dan mak ke tanah suci ahad depan, kawan2 doakan pemergian abah dan mak selamat dan mendapat haji yang mabrur..


Thursday, August 12, 2010

Mari la bersama2...

2 sahabat ummi
Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan


4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Persediaan Malam

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

p/s: salam ramadhan kareem semua...feel want to retire from blogging world, what say u?...xdan nk update blog kekdahnya...or i need rebranding?

Tuesday, June 29, 2010

Yang terkini tentang kami

8 sahabat ummi
salam to all,

wooow...sawang mannyaknyer...smpai spiderman pun ada..anyway baru ada mood nk update ni...yg terkini, ummi dan masih di penang, setelah 3 minggu di perak dan kembali ke penang semula..skrg menanti sang suami dtg amik this weekens..really cant wait...

rumah yg nak disewa sudah dpt, menanti kunci drpd tuan umah, alhmdulillah dpt umah kt perumahan yg lama sblm we all p abu dhabi.

umah utk dibeli pun baru chop ja...need further nego more n more, hope by age of 30 dpt duk umh sendiri,..moga2...

our 20 footer dh smpi since 11 june lg...kena la topup rm 600 coz lama tersadai kt port about 2 weeks..mujur ada tempat temporary utk disimpan..fuhhh...

perasaan ummi?tak tenteram selagi x duk sebumbung dgn hubby...x sabar nak mulakan hidup baru di KL..ditempat kami mencari rezeki dulu...

me? work?hhhmmm masih dlm pertimbangan, hubby x memaksa, but he prefer me to work from home, tapi kalu ada rezeki luar yg dtg bergolek ummi x menolak

ummi xtau perasaan org lain, tapi setelah 2 tahun berkepit dgn umar, dan almost 7 mos dgn azzam, rasa susah kembali utk ntar ank2 ke umh pengasuh, in fact skrg selain ummi dan abiy umar xmau org lain mandikan dan diapering him...

oklah need to go...penang kejap panas kejap x...ok yaaa.. daaaa...

p/s: kwn2 di KL sapa2 bleh recommend tukang jahit dgn upah yg berpatutan?bleh komen disini

Monday, May 3, 2010

Pindah oooh pindah

1 sahabat ummi

Perlukah saya menghitung hari?ohhh we all xde lagi exact date utk fly tapi yg nyatanya hubby lapor diri keja baru 1 June...

Keadaan umah saya skrg ni?mode adalah haru biru...baju bajan masih x abis punggah utk pack, kotak byk lagi belum diisi..saya amat streeessss buat kelije ni srg2.....rasa cam nk tdooo jerrr n bangun dah ada kt tanahair aci x gitu????

ini dh kali ke4 tau kami pindah randah cam kaum nomad ni...biasalah..lagi bertambah ahli keluarga lagila byk brg kan...

first time pindah adalah selepas ummi mengandung...masa tu mmg alah teruk dan pengudaraan umah tu agak kureng skit so we all pindah x la jauh sgt..dr pandan indah ke tmn kencana, ampang dlm 1km jerk..and the house is better...

2nd time selepas 6 bln bergelar ummi, drpd mesia ke abu dhabi, we all letgo most of brg umah yg ada dlm umah tu kpd penyewa baru aka kwn kpd suami...so masa tu dtg AD lenggang2 kangkung bawa baju bajan jaa...

so kt AD la kumpul harta benda blk..electric appliance, brg2 dapur, perabut murah2 je...u know what, most of prabut adalah made in mesia..and regenya mesti mahai berbanding di mesia...so far kami slalu shopping brg kt ikea ja....abiy kan handy manny...

umah yg kt Officer City, AD adalah satu bilik ja..adalah sekangkang mawas ja...of course kena cari umah fit the allowances yg co. abiy bg kan..kalu murah the excess masuk saving...umh ni dkt gak dgn town dlm 15 min...

3rd time from Officer City ke Sawamekh...umah skrg la maknanya. umah ni ade dlm 1 bilik but 2 living area..so pandai2 la wat satu lg bilik kan..tapi umah ni living room mmg besaqqq...so mmg muat la 12 org anak2 mengaji hubby mengaji evry weekend..umh ni mmg jauh dr town dlm 45 min...lg jauh dr town lagi murah umah tu...

this time pindah kami nk hangkut semua brg2 dlm umah..sbb penat dah bli brg umah...dlm umah ni semua dlm complete...cuma benda2 hiasan2 dalam ni mmg non ado..sbb bkn umah sendiri kan...xde la beriya nk menghias bagai...so lagi buleh sumbat ke dlm kontena 20 footer tu kami akn sumbat laaa...ingat nk sumbat pokok kuruma sekali hohohoho...

hmmm bila skrg mood pindah randah ni..rasa mcm nak pindah blog baru plak...heheeh ngada2 kan...nak wat blog come back la bila jejak tanahair...blog ni biar jadi kenangan disini..lgpun ummi mmg stat tulih blog sejak dtg AD ni...

so kalu ummi merantau ke negara lain plak (kalu ada rezeki)..blog baru lagi...hahahhaa...oklah kawang2...sbg pemanis mata lihat2 la hero2 kebanggaan ummi ni..azzam dh 5 bulan you...cepat jek masa berlalu


sila abaikan backrgound yg x ingin anda lihat yaaaa...




close up skit...hidung hidung ummi, mata ummi, kepala abiy, yey!

xlupa juga abgnya tu...biasa umar the explorer..ummi asyik mode cekak pinggang hari2 huhuhu...

obses dgn car

rambut dh panjang kena kasi potong be4 balik

oklah..nantikan update ku lagi ya...tunggu....

nota ummi: ahad ni hari ibu?ehem2...ada apa2 yg suprise x abiy?


Sunday, April 25, 2010

Sirih pulang ke gagang

6 sahabat ummi
pic ihsan en gugel

Insyallah, ummi masih ada kurang sebulan untuk tggal di Abu Dhabi...ye kawan2 we will back for good...Abiy dpt keje baru area segitiga emas KL...skrg tgh cari umh sewa atau umh nk di jual sekitar pandan indah, ampang atau cheras...sapa2 ade info bgtau cheq noo..

tiket blum book lagi...tapi yg pastinya kena balik sebelum bln 6 coz hubby stat keja 1/6. Tapi ummi harus mula pack brg2 dlm umah ni sedikit demi sedikit...i'm alone with 2 kids so kena buat berdikit2..,maybe ujung mggu bleh panggil bik sara tolonng...

kawan2 hati ummi libang libu, gembira bercampur pilu. Gembira nk blk jumpa sanak saudara...jejak di tanahair sendiri yg 2 thn kutinggalkan...Pilu jgk meninggalkan kawan2 serantau disini...

so hari2 yg tinggal ini perlu dimanafaatkan...teringin nk makan apa just dine out je...teringin nk shopping mana kena p kan hubby?hikhikhik...

oklah kena kemas umh dan masukkan benda2 yg dh x guna dlm boxes..aishhh malasnya...

nota ummi: tidak pernah serik untuk merantau..kalu ada rezeki mahu merantau lagi...

Alhamdulillah...

3 sahabat ummi

Salam barakah utk semua,

Alhamdulillah setinggi kesyukuran, ummi sekeluarga selamat tiba di Abu dhabi mlm smlm. Syukran diatas doa sahabat2 semua. Kami sekeluarga sihat cuma ankanda ummi yg 2 org tu selsema agak teruk jugak...azzam especially nya..tapi alhamdulillah not really serious.


Banyak pengalaman manis dan pahit dilalui...itu semua ujian bagi kami...ternyata kasih sayang Allah itu tiada tandingannya...

sedikit perkongsian...ya mmg betui ibadah haji dan umrah memerlukan stamina, mental dan fizikal yang kuat...dan paling penting lagi kekuatan rohani...jika berkemampuan dr segenap segi bersegeralah ke tanah suci...selari dgn kata hikmah, ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati


Saya selitkan kenangan berharga kami iaitu bertemu MB kelantan/TGNA di Makkatul Mukarramah, dan Abdullah Azzam sempat di tahnik/di belah mulut dgn kurma nabi dan air zamzam oleh TGNA. Semoga mendapat keberkatan...Ini adalah kali pertama ummi melihat TGNA live betui2 di depan mata..sungguh putih bersih bercahaya mukanya...sangat berseri...tggal dimalaysia selama 27 thn xdpt jumpa, dgn kehendak Allah berjumpa di tanah suci.


see, azzam begitu mengamati muka TGNA

pejam mata plak ummi nii

yg ni ummi plak sengih srg2


Semua ahli jemaan umrah tarbawi, Kak Maz dan abg zamri bersama anak2 haikal,irfan dan afiq. Ani dan zaidi bersama anak zafika, Mai dan Hadi masih solo tanpa anak lagi, dan ummi sekeluarga...

lagi cerita disini. Ini adalah blog pemilik hotel yg kami duduki...

jika ingin tahu keindahan di masjidil haram jenguk2lah blog ini...sentiasa di update setiap hari...

nota ummi: kata abiy..rumah Allah sentiasa memanggil umatnya...rindu ditiupkan hati jemaah yg dtg agar dtg kembali...

Thursday, April 15, 2010

A litte gateaway

4 sahabat ummi
Kawan2..

Me and my family will off to another negara pdg pasirun for 9 days...we will depart today at Sharjah airport...

ummi nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua kawan2 blogger jika ada silap dan salah antara kita semua..terguris perasaan dgn entry2 ku ker...peace no war ye kawan2...kalu ummi ada hutang kamu., kamu dan kamu bagitahu yer...

mohon kawan2 semua doakan perjalanan kami semua diberkati Allah pergi dan balik dan dpermudahkan drpd segala kesulitan...dan diberi kemudahan setiap masa.

sesugguhnya yg baik itu daripada Allah, yg buruk itu drpd kami semua...

nota ummi: rasa debar melebihi rasa gembira....

Tuesday, April 13, 2010

Kasut kesukaan saya..tag dr MR

5 sahabat ummi

tadaa...ini kasut kesukaan saya yg dilenjan ke merata2...tumit x sakit..nk kejar umar pun senang..and now bila anak dh 2, 3 hero2 plak..time to say good bye to high heel yg runcing tu...tp bg mommy2 yg berkarier mesti ade kann....kena nmpk melatoopsss

ini kasut ummi bli kt jusco queensbay..ala murah ajork...tapi selesaaaaa..dr ummi pegnen sampai skrg ummi pakai...ummi pun mmg jenis pakai satu kasut yg sama dan paling suka... melainkan ada event2 yg perlukn dress code yg lebih vogue kn...kena pakai kasut yg bersesuaian kan..kononnn!

okay k.an hutang tag dh bayaq...legaaaa...

Sunday, April 11, 2010

Weekend activities

7 sahabat ummi




Mggu ini adalah hujung minggu paling sibuk, hari jumaat biasalah hari bersenang lenang di umah..mood adalah mood melayan anak2..so hari sabtu jela yg tggal utk semua perkara nak dibuat...

smlm stat drpd 9.30 pagi...kami ke SMR untuk makan roti canai..one of restaurant yg yg kita bleh order dgn menyebut roti canai dan teh tarik...

lepas makan, kitaorg pergi ke Al Magrudys Wahda Mall utk beli hadiah utk besday boys (yem2 and dani) and girl (eqa)... 3 of them jugak adalah anak2 mengaji hubby. The event will be held in the park..next to Alnoor Hosp Airport Road (where lil Azzam dilahirkan)...

we ushar the kids corner which full of toys and children books...mcm besa la anakanda ku kalu d kedai yg ada toys je jadi tak keruan...pegang sana kejap pegang sini kejap...semua benda dia nak...

so besides beli hadiah kat besday boy and girl..so beli hadiah kat umar a set of caterpillar train for his besday...lambat betui ummi dgn abi ni kasik hadiah ekekkeke...

see siap kepit his bag..takut2 org len ambik


nak bukakkkk...

adik interprem kejap...

Azzam dan ummi dgn tudung senget benget..anak 2 mcm anak 4 sudahh...

After shopping we move to Al Noor hosp Khalifa street untuk ziarah sahabat yg sakit coz of kidney infection...Kak Atie...syafakillah moga cepat sembuh...

Then we move to SEHA healthcentre utk vaccinated Azzam, unfortunately Friday and Saturday off...xde vaccination ...so kena dtg blk on weekdays (sunday-thursday)..

We all solat Zohor kat masjid Bain Al Jesrain and move to Airport Road Park for the next agenda...besday bash...Lagipun ummi mmg nak p jumpa gynae kat hosp AlNoor just next to the park.

Sampai jer park, ummi just jalan kaki ke hosp and drop my insurance card..at take my turn. since there 7 pats before ummi, ummi pergi kt park semula utk makan2...

Makan2 sambil ushar anak bujang ku yg sooooo active lari main papan gelongsor..,panjat sana panjat sini..naik bukit trun bukit...haiii..mmg x cukup stamina dah ummi nak kejar...Azzam so behave tido aja...

When time for cake cutting..si umar plak sibuk2 mcm dia plak besday boy...


see...sgt teruja okayy......

tgk mcm kek tu dia yg punya..ummi yg risau takut dia kelepuk kek tu..habis majlis org

and alhamdulillah umar know the cake is not for him...sgt cian anak ummi teringin sgt nak hembus2 kut...nanti we back to mesia ummi buat besday bash utk umar n kezen ek..sini ummi x cukup kaki dan tgn...kt mesia i tahu i ada byk kaki tgn yg yg bleh di harapkan...kikiki (mode jahat giler)



para ibu dan bapa bersantai menikmati angin suam2 kuku...summer blum exactly dtg lagi...kalu summer dh tiba masak telur pun bleh kt park ni...

sini walaupun negeri padang pasirun..there's alot of parks okay...amusement park pun byk..coz disini most of the houses xde cmpoud if u stay in town apt...so gov mmg buat byk pokok2 menghijau dan rumput permaidani untk beriadah ...every weekend mmg park penuh dgn org utk berbarbeque and anak2 main2...and nk cari parking keta pun susah...

kul 5 ummi pun p blk hosp utk jumpa doc and amik ubat...and the event @ park last @ 6pm...

Agenda seterusnya adala meeting for our 10 days trip....at @Mai and Hadi House...We all pi beli nasi mandey kambing, ayam dan unta masak kicap untuk santapan dinner...Ada 4 family yang akan join this trip...so meeting..meeting and meeeting sampai kul 11pm...semua dh x larat dah so balik umah sampai dlm kul 11.30pm...solat isya dan ZZZZZzzz

begitula keadaan hari mggu yg pack dan penat...harini pagi2 dah update ..and keadaan umah adalah mcm dilanggar garuda...ok see u all again..

p/s k.an ...tag k.an tu saya peram dulu ekk..malas betui nak geledah cari kasut ku...(eee mcm byk sgt kasuttt kikikiki)



Wednesday, April 7, 2010

Bersyukurlah selalu

3 sahabat ummi



SYUKUR pada orang yang MENYAKITI kita
kerana dialah kita TABAH

SYUKUR pada orang yang MENIPU kita
kerana dialah MENINGKATKAN PENGETAHUAN

SYUKUR pada orang yang TIDAK ENDAHKAN kita
kerana dialah yang mengajar kita BERDIKARI

SYUKUR pada orang yang MENJATUHKAN kita
kerana dialah yang MEMPERHEBATKAN KEUPAYAAN kita

SYUKUR pada orang yang MENYEKSA kita
kerana dialah yang MENGUJI KESABARAN kita

SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MEMPERTEMUKAN KITA DENGAN MEREKA
KERANA DIALAH KITA MENGENAL ERTI KEHIDUPAN..

Monday, April 5, 2010

Hai everyone!

2 sahabat ummi

Salam kawan2...

Dah lama ummi x ngedet blog ni..buzy konon2 kayak menteri...mood xde nk citer...asyik2 tulis draft skerat...then tergendala...tahpape ummi ni...

slalunya ummi ngelepek depan lappy bila buai azzam, tgn kiri buai tgn kanan duk klik sana klik sinun..then kalu bf sambil duduk pun bleh klik jugak...tapi kalu bf baring..ummi guna hp plak...uissshh mcm addicted plak kan bila wifi ada di dalam umah sampai ....ekkekeke...

tapi kerja2 umah tak diabaikan..alhamdulillah skrg i managed to be a mom of two...wink2...
azzam pun dh x mragam sgt...bgn tdo minum rutinnya...ank bujang srg lagi tu toksah nak ckp laa..asyik memunggah ja...mode penin selalu...tapi biarla asal dia bahagiaaaa...

ummi ada byk agenda bulan ini dan bulan depan..so many things to do...so little time left...belum berniat nk cerita sekarang...when time arrive ummi akan citer yaa...

kawan2 keep updating ur blog..walau ummi x tinggalkan jejak..saya adalah silent reader setia korang...mungkin kalu ada yg set widget traffic tu...yg drpd abu dhabi tu ummilaa tu...

last but not least..lihatlah wajah2 kecil tanpa dosa ini..amat menenangkan...


ada tiny dimple , melted ummi :)


dah boleh main bersama

tido pun bersama....

adalah satu cabaran bagi kita untuk membentuk anak2 di zaman cyber ini...sbb anak2 ini mulanya dgn kain putih...kita yg mncorakkan...anak2akan mencontohi apa yg kita buat...jadila contoh terbaik...ini pesanan untuk diri sendiri jugak...

Oklah kawan2 jumpa lagi di lain entry..have a blissful day everyone!

nota ummi: hidup ini cukup singkat ...berbuat baiklah sesama manusia..hilangkan segala mazmumah dlm diri...berusahalah untuk untuk mendapat sifat mahmudah...Allah mengurniakan akal untuk kita melihat, mentafsir dan membezakan yang baik dan buruk...sharing is caringkan???

Sunday, April 4, 2010

Status Terkini ASB dan ASN : Masih Tidak Patuh Syariah

0 sahabat ummi
Kawan2
sharing is caring, untuk panduan kita semua, timbang2kan sejauh mana status halal harta kita...
kredit to Ustaz Zaharuddin Abd Rahman...@www.zaharuddin.net


Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.



( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Thursday, April 1, 2010

Adik2 ku sila baca!

1 sahabat ummi


Entry ni khas untuk adik2 ku ...timah n awa n cua
korang kalu nk keychain ni bgtau i ya...nanti i bawa blk
so sila emel i yerr utk keterangan lanjut...




kawan2 kalu ada yg berkenan bleh jugak..sila emel atau pm kt fb inbox yerrr utk i bgtau harganya...

material dia adalah rubber

pilihan design ada 12...



kalu nak fridge magnet pun ada tapi i x ushar lagi..
tapi lebih kurang mcm ni materialnya still rubber..cuma takde chain n besar skit bentuknya. nanti i uplod later ok?

daaaa...

p/s: ummi beranak 2 ini mcm branak 10..sentiasa mode huru-hara di rumah..tolong imejin yerr...so xleh brlama-lamaan di blog

Thursday, March 11, 2010

Kembara sufi 2: Camping at Sweihan

2 sahabat ummi
Salam,

Dah hampir seminggu blk dr camping..sakit semua badan2 biasalah dh lama x tdo dlm tent..paling last masa camping di khasab oman. this time bawa my 2 heroes..so challenging la.. at first ummi risau nk bawa my 3mos azzam, tapi x sanggup tggal di umah, since abiy is the tekong of the event, for sure ummi nk ikut jgk...just bedoa, there's no sandstorm on that day, abiy pun dh check weather semua, semua positive...

Alhamdulillah program semua berjalan lancar as in tentative,lokasi tempat camping, betui2 blkg pekan koboi sweihan, sweihan adalah salah satu daerah di timur abu dhabi.We all konvoi dlm 14 keta, 12 4wd, 2 saloon car..

tempat camping, view dr atas bukit.


sampai setup khemah dan ade jgk yg posing2 dulu..bdk2 biasalah..semua pakat naik gunung...sambil tu jamah apa yg ada before start bbq session, lapaq gila masa tu...mcm2 ada..
bubur lambuk, nasi kerabu, nasi goreng, puding roti, kuih lapis,mihun goreng, karipap...n etc.

see this lion of desert umar mukhtar, bukan main lg...sapala kena dera amik gambaq anak bujangku ini posing


kambing golek in da house...syukran to kak atie yg marinated the kambing...


kambing golek..fresh from the slaughterhouse
semua x sabaq nk makan...marvelles


kak ina, nadia dan ummi























Ladies eating and gosipping

bila dah kenyang apalagi tdoq time la, coz kul 4 nak bangun qiyamulail...alhamdulillah 90% bangun utk qiyamulalil dan solat subuh berjemaah, diikuti dgn bacaan matshurat dan tazkirah subuh given by hubby...rasa syahdu di keheningan pagi yg amat dingin tatkala bermunajat kepada yg maha Esa...teringat memori di kembara di khasab Oman.

keesokkannya ini yg tinggal..kambing nangis kalu tengok nehhh...seram...
selepas subuh aktiviti bebas...nk tdo ke, nk pnjat bukit pasir ker...sambil tu kemas skit sbb by 9am matahai dah terik kena cepat2 chow sblm muka kena sunburn..
ohh, ummi lupa nk introduce our toilet...kredit en fauzi kerana sponsor this this wonderful washroom...

ummi x sanggup nk p toilet ni setelah ramai org dah gunakannya...luckily 3 of us x qadha hajat yg besar...yg kecik of coz kena buang..sejuk siut...xthn, terpksa lah cari bushes mana2..tapi gelap org x nmpak...and spray hikmat jgn lupa bawa...


umar bagus...leka main sampai x poopoo...klu x jenuh ummi nk istinja' dia pulak..azzam biasalh..mmg sntiasa istinja' dgn wet tissue...





lastly pic semua ahli konvoi..masa ni budak2 main pasir lg..so mak n bpk2 jela posing...bila tgk bwh ni teringat Kembara Sufi di Khasab,Oman...sila klik disini











Thursday, March 4, 2010

Azzam sayang dah 3 bulan

8 sahabat ummi
Today, azzam dah 3 months , kejap jek masa berlalu, his weight dah 6 kilo...sgtla suka nyembang...dan pandah dah senyum bila di agah...

Alhamdulillah skrg dh jrg mragam, skali skala tu ada la..mlm tdo jek bangun utk bf ja...senang hati ummi bleh tdo lena...Azzam sayang..cepat membesar dgn sihat yer ummi heart azzam...
mari layan pic Azzam yg bisa mencairkan hati ibu2...

baru bgn tdo..tapi suda senyumm

senyuman yg manis


dah nk start his babytalk

aikk kenyit mata plak dah...

Tak lupa buah hati saya yg ini...

yg semakin bijak, brilliant dan sentiasa mencuit hati ummi..dan kdg2 kasi ummi feninn laaaa...

oklah kena off now, nak ke mall beli persiapan for Kembara Sufi II: Camping di Padang pasir...

Maasalamah, illaliqa'

Monday, March 1, 2010

Songs by Maher Zain

0 sahabat ummi
Salam rindu dari Abu Dhabi,

Dah lama ummi x tulis blog, huhu amat bz menemani mil p soping san sinun, and last nite pil dh blk ke mesia...so now home alone with the boys...kali ni ummi nk kongsi 2 lagu nyanyian maher zain, he is a lebanon artist...sy bg 5 bintang bg cd ni..x rugi beli..semua lagu2 nya best, title cd dia Thank You Allah by Maher Zain...so sapa yg berminat boleh cari..

The first song is titled awaken..renung2kan bait2 lyric yg sangat bermakna muhasabh utk diri sendiri dan utk dikongsi bersama...




The 2nd song is hubby tujukan utk saya...so touching...moga cinta abiy dan ummi till Jannah..Ameen



saya x bercadang utk tulis panjang...so tired with house chores...need rest already..good nite semua!
 

Ummu Umar Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template